Baru Tahu Kenapa Orang Dulu-Dulu Suka Bela Ikan Puyu Di Rumah

 Baru Tahu Kenapa Orang Dulu-Dulu Suka Bela Ikan Puyu Di Rumah. Pernah dengar tak orang tua-tua ada pesan memang elok untuk kita bela ikan puyu kat rumah, katanya ikan ini dapat menghalau hantu atau makhluk halus.

allheboh.com - Baru Tahu Kenapa Orang Dulu-Dulu Suka Bela Ikan Puyu Di RumahSelain itu ianya dapat menghalang perbuatan pukau dan sihir yang hendak ditujukan pada penghuni rumah tu.

Cuma persoalan yang nak ramai tahu, apa signifikan antara hantu dan makhluk halus dengan ikan puyu? Kenapa mereka takut sangat kat ikan ini?

Kepercayaan misteri yang dikaitkan dengan ikan Puyu, “Ikan puyu dan perkara mistik tidak dapat dipisahkan”. Ia umpama cerita turun-temurun dalam masyarakat tempatan tidak mengira bangsa.

Keupayaan ikan puyu sebagai pelindung rumah ialah versi paling kerap didengar. Ramai membela puyu bagi mengelakkan rumah mereka dimasuki pencuri yang menggunakan ilmu pukau!

Mereka yang terikut-ikut akan kepercayaan itu bersandar kepada teori bahawa pukau tidak akan berkesan jika terdapat benda hidup di dalam rumah yang masih berjaga.

allheboh.com - Baru Tahu Kenapa Orang Dulu-Dulu Suka Bela Ikan Puyu Di Rumah

“Puyu dikatakan sejenis ikan yang tidak tidur malam. Sebab itulah, kehadirannya di dalam rumah dipercayai boleh membatalkan usaha penjahat yang ingin memukau penghuni sesebuah rumah,” namun kita harus ingat setiap ciptaaNya ada kelebihan dan ketentuan Allah SWT.

Lebih menguji akal logik, ikan yang mampu hidup melebihi 24 jam di atas daratan itu dikatakan sebagai alat mainan yang digemari toyol dan orang bunian!

Dalam penceritaan lain, ciri fizikal ikan yang mampu mencecah usia lima tahun itu juga dipercayai digeruni makhluk halus termasuk syaitan dan jin. Duri tajam yang terdapat pada puyu dikatakan menyekat kebal makhluk tersebut untuk masuk ke dalam rumah manusia.

Dalam dunia perdukunan, puyu turut menjadi medium memindahkan objek santau yang dihantar kepada seseorang. Santau yang diperoleh mangsa dipindahkan ke dalam badan puyu.

Walaubagaimana pun, ada juga yang menjadikannya sebagai objek untuk menyihir atau menyantau orang lain.

Sumber : kakicopy

BACAAN LAIN: Lelaki Cemas Bila Ikan Arowana Emas Yang Dibelinya Selalu Menutup Mulut Dan Tidak Makan. Bila Ikan Itu Membuka Mulutnya, Lelaki Tersebut Hampir Pengsan!

Facebook Comments