Budak Kecil Terpaksa Dibedah Untuk Keluarkan Gelang Getah Yang Bercantum Dengan Lengannya

allheboh.com - Budak Kecil Terpaksa Dibedah Untuk Keluarkan Gelang Getah Yang Bercantum Dengan Lengannya

Budak Kecil Terpaksa Dibedah Untuk Keluarkan Gelang Getah Yang Bercantum Dengan Lengannya. Anda mesti tahu dan dah biasa dengan gelang getah ini kan. Biasa je kita jumpa bila beli barang sebab walaupun sangat simple tapi sangat berguna untuk kehidupan harian kita.

allheboh.com - Budak Kecil Terpaksa Dibedah Untuk Keluarkan Gelang Getah Yang Bercantum Dengan LengannyaBaru-baru ini, seorang kanak-kanak perempuan berusia 4 tahun yang memakai gelang getah untuk jangka masa yang lama terpaksa dibedah selepas gelang getah itu telah bercantum dengan tangannya!

Mangsa yang dikenali sebagai Le Le itu tinggal bersama dengan datuk dan neneknya di wilayah Anhui, China, manakala ibu bapanya tinggal dan bekerja di tempat lain.allheboh.com - Budak Kecil Terpaksa Dibedah Untuk Keluarkan Gelang Getah Yang Bercantum Dengan LengannyaDatuk dan neneknya menyedari lengan cucu mereka itu membengkak pada awal Januari lalau dan cucu mereka juga mengadu sakit dan kebas.

Ibu bapanya yang bimbang melihat keadaan tangan kanan Le Le yang bengkak dan kemerah-merahan akhirnya membawa Le Le ke sebuah hospital sebelum dirujuk ke Hospital Kanak-Kanak.Doktor Ye Wensong berkata, tangan Le Le yang bengkak itu disebabkan oleh gelang getah.allheboh.com - Budak Kecil Terpaksa Dibedah Untuk Keluarkan Gelang Getah Yang Bercantum Dengan LengannyaImbasan ultrasonography mengesahkan perkara itu dan Le Le terus menjalani pembedahan yang berlangsung selama 30 minit bagi mengeluarkan gelang getah tersebut.

Menurut laporan gelang getah itu telah bercantum dengan tangannya lebih kurang 6 bulan!allheboh.com - Budak Kecil Terpaksa Dibedah Untuk Keluarkan Gelang Getah Yang Bercantum Dengan LengannyaMenurut doktor, keadaan seumpama itu cuma pernah dilihatnya 20 tahun yang lepas sepanjang kerjayanya sebagai doktor.

Dinasihatkan supaya ibu bapa jangan biarkan kanak-kanak berusia 3 tahun kebawah untuk bermain dan memakai gelang getah di tangan atau kaki mereka dan sentiasalah tengok keadaan tubuh mereka dan alert jika ada apa-apa yang pelik. – ALLHEBOH.COM

Facebook Comments

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


error: Content is protected !!