Lelaki Terpendek Di Dunia Dengan Ketinggian 22 Inci

Lelaki Terpendek Di Dunia Dengan Ketinggian 22 Inci. Seorang lelaki daripada Philippines yang hanya berketinggian 22 inch memegang rekod sebagai lelaki terendah di dunia.

allheboh.com - Lelaki Terpendek Di Dunia Dengan Ketinggian 22 Inci LIKE OUR PAGE: https://www.facebook.com/allheboh/Junrey Balawing yang kini berumur 24 tahun disenaraikan ke Guinness World Record sebagai lelaki paling pendek di dunia ini. Dia mendapat pengiktirafan apabila mengatasi rekod Kagendre Tape Donkey yang berasal daripada Nepal. Kagendre Tape Donkey lebih tinggi sebanyak 12.7cm daripada Junrey Balawing.

Tetapi tahukah anda bahawa walaupun Junrey Balawing memegang rekod dunia sebabgai lelaki terpendek yang hidup di dunia ini, namun dia bukanlah lelaki terpendek dalam sejaha manusia yang pernha direkodkan. [allheboh.com]

Lelaki terpendek dalam sejarah manusia yang pernah direkodkan dipegang oleh Gul Mohammed dari India dengan ketinggian 57cm. Namun Gul Mohammed telahpun meninggal dunia pada 1 October 1997.

allheboh.com - Lelaki Terpendek Di Dunia Dengan Ketinggian 22 Inci LIKE OUR PAGE: https://www.facebook.com/allheboh/

Pada tahun 2012, Junrey Balawing kehilangan rekodnya apabila lelaki dari Nepal, Chandra Bahadur Dangi yang mempunyai ketinggian 54.6 disahkan pemegang rekod terbaru lelaki terpendek di dunia sekaligus menjadi lelaki terpendek dalam sejarah manusia yang pernah direkodkan.

Walaubagaimanapun, Chandra Bahadur Dangi (gambar di bawah) telah meninggal dunia pada tahun 2015 dan kini rekod lelaki terpendek di dunia adalah dipegang semula oleh Junrey Balawing.

allheboh.com - Lelaki Terpendek Di Dunia Dengan Ketinggian 22 Inci LIKE OUR PAGE: https://www.facebook.com/allheboh/

“Ia akan menjadi sesuatu yang mengujakan jika saya adalah orang yang paling kecil di dunia,” kata Junrey yang tinggal di wilayah Zamboanga del Norte dengan ibu bapanya, dua beradik dan saudaranya yang lain mempunyai ketinggian normal. [allheboh.com] Ibunya Concepcion ,merupakan ibu yang penyayang melayannya sebagai kanak-kanak kecil disebabkan Junrey sukar untuk berjalan dan tidak boleh berdiri untuk jangka masa yang lama.

“Dia perlu dijaga setiap minit setiap hari. Junrey hanya boleh berjalan dengan bantuan dan dia tidak boleh berdiri untuk masa yang lama kerana ia adalah menyakitkan baginya,” kata ibunya, sambil menambah bahawa Junrey suka apabila ayahnya meletakkan dia di atas bahunya dan membawa dia berjalan mengelilingi kampung. – ALLHEBOH.COM

Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *