Lelaki Datang Ke Tasik Untuk Jumpa Kawan Lamanya, Seekor Ular Betina Yang Besar! Biar Betul! Sebut sahaja ular, pasti majoriti besar di antara kita akan terbayang seekor haiwan yang menakutkan dan berbahaya.
Tak kisah ular besar atau ular kecil, majoriti besar manusia yang normal akan berasa takut dan cemas jika terjumpa ular ini.
Ya, memang ada manusia yang mempunyai kemahiran tertentu yang boleh mengawal atau memahami ular tetapi biasa memerlukan latihan dan keberanian. Namun pernahkah anda melihat manusia dan ular bersahabat baik?
Agak pelik tapi benar, itulah yang berlaku pada lelaki yang berusia 79 tahun ini yang berkawan baik dengan seekor ular besar!
Dari video yang dimuatnaik tersebut, lelaki berkenaan datang dekat dengan permukaan air di mana ular sawa berkenaan berada.
Agak menarik sebab ular itu macam tahu lelaki itu datang dan segera naik ke permukaan air untuk bertemu dengannya!
Tengok detik pertemuan lelaki dengan ular ,kawan lamanya dalam video di bawah. – ALLHEBOH.COM