Tips Dan Cara Keluarkan Cincin Dari Jari Dengan Mudah Dan Boleh Dilakukan Semua Orang

allheboh.com - Tips Dan Cara Keluarkan Cincin Dari Jari Dengan Mudah Dan Boleh Dilakukan Semua Orang

Tips Dan Cara Keluarkan Cincin Dari Jari Dengan Mudah Dan Boleh Dilakukan Semua Orang. Cincin merupakan barang perhiasan yang sangat diminati dan antara yang paling popular digunakan pada masa kini.

allheboh.com - Tips Dan Cara Keluarkan Cincin Dari Jari Dengan Mudah Dan Boleh Dilakukan Semua OrangDalam entri ini kami ingin kongsikan kepada anda cara untuk keluarkan cincin yang tersekat di jari anda. Antara punca cincin tidak dapat dikeluarkan dari jari ialah kerana pertambahan berat badan [Allheboh.com]. Jom tengok cara-caranya di bawah ini.

1. Rendam tangan dalam air sejuk

Cara ini antara cara yang paling mudah diamalkan tetapi kadar kejayaan adalah cuma 50% sahaja. Secara logiknya, kulit di jari biasanya akan mengecut sedikit jika dalam keadaan sejuk berbanding cuaca panas.

2. Menggunakan Sabun/Minyak

Cara keluarkan cincin ini adalah cara yang paling biasa kita gunakan dan diketahui hampir semua orang di dunia ini. Caranya ialah sapukan jari dengan sedikit air sabun atau minyak. Kemudian bila sudah licin, putarkan cincin anda secara pelahan-lahan untuk keluarkannya. Kadar kejayaan menggunakan cara ini adalah lebih kurang 75%.

3. Mengunakan benang

Di rumah anda mesti ada benang bukan? Jika tiada boleh belikan dulu di kedai berdekatan. Murah je harganya. Cara melepas cincin guna benang ini tidaklah diketahui ramai orang tapi cara ini amat berkesan. Caranya ialah memasukkan benang dibawah cincin. Kemudian lilitkan benang itu ke arah hujung jari. Setelah dirasa cukup anda boleh tarik ujung benang yang melewati bawah cincin tadi dengan arah memutar. Anda cuma perlu tarik benang itu dan cincin akan keluar dengan sendirinya. Kadar kejayaan menggunakan cara ini adalah 90%. Anda boleh tengok video perkongsian facebook page Saja Heboh tentang cara keluarkan cincin gunakan benang ini yang telah ditonton lebih 10 Juta orang:

Perghhh! Mesti susah dan sengsara nak keluarkan cincin kalau dah terlampau ketat camni. Tapi kalau kena caranya sangat senang macam dalam video ni. Jom tengok!..Remove a ring stuck on finger:https://allheboh.com/tips-dan-cara-keluarkan-cincin-dari-jari-dengan-mudah-dan-boleh-dilakukan-semua-orang/

Dikirim oleh Saja Heboh pada Selasa, 12 September 2017

Akhir sekali, jika anda sudah cuba semua cara tapi masih tetap gagal keluarkan cincin, maka pilihan terakhir adalah memotong cincin anda. Anda boleh minta tolong sesiapa sahaja yang pandai potong cincin ataupun hubungi pihak bomba untuk mendapatkan bantuan. – ALLHEBOH.COM

Facebook Comments

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


error: Content is protected !!